Catatan

MEMBACA DAN BERFIKIR

Dewan Masyarakat Bil.2/ 2020 Minat membaca disemai melalui ayah saya yang merupakan seorang yang suka membaca, walaupun tahap pendidikan beliau tidak begitu tinggi.Saya masih ingat suatu masa dahulu -ketika negara kita masih belum ada televisyen -antara sumber berita yang ada ialah radio dan surat khabar.Disebabkan pada masa itu bahan bacaan tidak begitu banyak,saya membaca surat khabar,seperti Utusan Melayu ,dari kulit ke kulit.Ada kalanya saya membaca surat khabar yang sama selama seminggu.Kadang-kadang saya membaca majalah seperti Mastika ,dan juga majalah yang serius ketika itu seperti Dewan Masyarakat,Sarina dan Dian. .Dan ketika zaman kanak-kanak,masih belum ada teknologi komputer dan permainan video.Oleh itu,masa saya diisi dengan membaca buku cerita dan komik.Secara kebetulan saya berada dalam aliran akademik,di samping aktiviti lain,seperti perbahasan dan sebagainya yang memerlukan pembacaan yang tinggi,maka amalan membaca amat penting dalam kehidupan saya.Saya membaca,teta

SKETSA

Dewan Pelajar Kisah Bulan Ini Bil.2/2020 Tajuk: Garis-garis Kolem Penulis: Uthaya Sankar SB. ' Kolem ialah satu daripada seni tradisional masyarakat India.Banyak orang yang mengaitkan dengan agama Hindu.Namun begitu,sebenarnya kolem bercirikan budaya' 'Kita perlu memahami falsafah di sebalik aktiviti melukis kolem .Dalam budaya India, kolem dibuat sebagai satu daripada aktiviti dharma ,iaitu membuat kebajikan kepada serangga dan burung' ' Kolem yang sedang dilukis oleh nenek menggunakan tepung beras.Itulah sebabnya kolem tersebut berwarna putih.Orang Bengal di India dan Bangladesh menggunakan bahan pewarna asli daripada tumbuh-tumbuhan.Oleh sebab itu,terhasillah kolem pelbagai warna yang masih selamat untuk dimakan oleh serangga dan burung'

ULASAN KISAH BULAN INI DEWAN PELAJAR BIL 1/2020

DI MANA SI CAPIK ADIK Kisah Bulan Ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang berbelah bahagi antara keluarga sendiri dengan orang lain. Subjek kepada cerita ialah burung itu sendiri. Burung itu diberikan nama Capik -seekur anak burung pipit.Anak burung ini mengalami kecederaan pada bahagian kepaknya. Adik telah meletakkan burung ini ke dalam sebuah sangkar.Adik telah merawat anak burung itu dengan membubuh ubat pada sayapnya yang terluka itu. Anak burung itu terus dipelihara oleh Adik setelah lukannya sembuh. Si Capik terus membesar dan sudah boleh terbang dari dahan ke dahan. Capik pun manja dengan Adik. Setiap pulang dari sekolah, Adik akan bermain-main dengan Capik dan dibiarkan terbang bebas dari dahan ke dahan dan Adik akan memanggil Capik dengan panggilan pit-pit setelah hari semakin senja dan Capik yang terbang akan hinggap di telapak tangan Adik dan Adik akan memasukkan Capik ke dalam sangkar. Suatu hari, sewaktu mengulang kaji pelajarannya, Adik telah me

KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU

KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU Setelah bertahun-tahun meninggalkan laman blog ini,pada hari ini...tahun 2020 saya kembali teruja melihatnya kembali. Blog ini banyak menceritakan hasil-hasil penulisan yang dihantar ke pihak media yang berbentuk majalah atau akhbar dan yang tersiar. Cuma apa yang menjadi kenangan yang bermakna kepada saya ialah menerima satu anugerah yang berprestij yang saya anggap iaitu pada tahun 2019 - saya menerima Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 bagi Kategori Buku : Cerpen "Kapal Terbang Kertas" dan ini mendorongkan semangat saya untuk terus menulis dan terus menulis. Anugerah ini saya terima setahun selepas saya bersara dari perkhidmatan kerajaan. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapat buku cerpen ini dengan harga RM25/senaskah - boleh pm kepada saya.

Menulis dan menulis.....

Imej
Bagi saya menulis adalah satu keperluan di dalam hidup.Pengalaman harian yang anda lalui bagus juga diturunkan ke dalam bentuk tulisan. Ianya boleh dibaca semula apabila anda membuka blog ini.Imbasan semula boleh berlaku dengan menulis. Menulis untuk dihantar ke pusat penerbitan atau majalah adalah satu keperluan yang lain.Saya lebih suka menghantar tulisan saya di dalam bentuk cerpen dan puisi.Samada tulisan itu diangkat atau tidak oleh pihak penerbit adalah satu perkara yang berbeza. Selaku HOPT di pejabat saya, menulis e-mel atau surat rasmi adalah satu keperluan.Emel lagi cepat diterima dari surat. Ini kerana surat perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan.Emel juga digunakan sebagai platform makluman kepada pihak lain,misalnya mahu mengadakan mesyuarat penyelarasan projek,pembentangan lukisan rekabentuk konsep, lawatan tapak dan lain-lain lagi. Menulis, bukan sahaja khusus kepada penulisan cerpen,puisi,ulasan buku tetapi ianya juga termasuk kepada tugasan harian anda.Pengalam

Imej

Imej memberikan banyak makna. Imej lebih bermaksud kepada penampilan diri. Sewaktu makan tengah hari,sebelum melakukan solat Jumaat, saya ditemani oleh seorang kawan yang menceritakan tentang imej. Sambil makan,dia rancak bercerita dengan saya. Akhirnya, dia kurang bersetuju dengan pandangan orang ramai tentang anggapan jabatan itu melakukan korupsi dan jabatan ini melakukan korupsi berdasarkan persepsi orang.(Melainkan ada bukti yang sahih,orang itu didapati bersalah). Tidak ada yang terfikir,bahawa unsur-unsur luar ada mempengaruhi sesuatu keputusan dan oleh kerana mengikut arahan dari pihak tertentu yang berpengaruh ini, imejnya jadi kurang manis di mata orang ramai. Imej dikaitkan dengan golongan tertentu yang berpengaruh menjadikan seseorang itu kepadanya seolah-olah barua untuk mencapai kepentingan dirinya. Imej juga memberikan imejan kepada kambing hitam. Tepuk dada tanya selera!

Rutin harian

Begitulah yang selalu saya lakukan.Bangun seawal pukul 5.00 pagi.Saya akan ke dapur membersihkan cawan atau pinggan yang masih kotor itu. Saya akan masak air panas. Sarapan pagi adalah sebuah kepastian kepada saya. Saya akan menyediakan minuman untuk isteri dan anak saya. Untuk minuman pagi,saya membuat sendiri minuman kegemaran saya dengan mencampurkan milo, susu tepung(everyday) dan sedikit serbuk nescafe. Saya menyediakan oat dan susu anlene untuk isteri saya. Manakala anak saya Zul, saya akan menyediakan 'green tea panas'. Azan berkumandang dari masjid hidayah. Saya akan mandi.Ianya diikuti oleh isteri saya. Saya melakukan solat subuh.Selepasitu saya bersiap sedia ke stesen keretapi Seremban apabila jam menunjukkan 6.30 pagi. Perjalanan dari rumah ke stesen tersebut mengambil masa sepuluh minit lebih. Saya harus menaiki tren pukul 6.45 pagi. Saya perlu turun ke BTS dan menaiki LRT ke Titiwangsa. Begitulah permulaan pagi,permulaan kehidupan.