Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

ULASAN KISAH BULAN INI DEWAN PELAJAR BIL 1/2020

DI MANA SI CAPIK ADIK Kisah Bulan Ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang berbelah bahagi antara keluarga sendiri dengan orang lain. Subjek kepada cerita ialah burung itu sendiri. Burung itu diberikan nama Capik -seekur anak burung pipit.Anak burung ini mengalami kecederaan pada bahagian kepaknya. Adik telah meletakkan burung ini ke dalam sebuah sangkar.Adik telah merawat anak burung itu dengan membubuh ubat pada sayapnya yang terluka itu. Anak burung itu terus dipelihara oleh Adik setelah lukannya sembuh. Si Capik terus membesar dan sudah boleh terbang dari dahan ke dahan. Capik pun manja dengan Adik. Setiap pulang dari sekolah, Adik akan bermain-main dengan Capik dan dibiarkan terbang bebas dari dahan ke dahan dan Adik akan memanggil Capik dengan panggilan pit-pit setelah hari semakin senja dan Capik yang terbang akan hinggap di telapak tangan Adik dan Adik akan memasukkan Capik ke dalam sangkar. Suatu hari, sewaktu mengulang kaji pelajarannya, Adik telah me

KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU

KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU Setelah bertahun-tahun meninggalkan laman blog ini,pada hari ini...tahun 2020 saya kembali teruja melihatnya kembali. Blog ini banyak menceritakan hasil-hasil penulisan yang dihantar ke pihak media yang berbentuk majalah atau akhbar dan yang tersiar. Cuma apa yang menjadi kenangan yang bermakna kepada saya ialah menerima satu anugerah yang berprestij yang saya anggap iaitu pada tahun 2019 - saya menerima Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 bagi Kategori Buku : Cerpen "Kapal Terbang Kertas" dan ini mendorongkan semangat saya untuk terus menulis dan terus menulis. Anugerah ini saya terima setahun selepas saya bersara dari perkhidmatan kerajaan. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapat buku cerpen ini dengan harga RM25/senaskah - boleh pm kepada saya.