Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

MEMBACA DAN BERFIKIR

Dewan Masyarakat Bil.2/ 2020 Minat membaca disemai melalui ayah saya yang merupakan seorang yang suka membaca, walaupun tahap pendidikan beliau tidak begitu tinggi.Saya masih ingat suatu masa dahulu -ketika negara kita masih belum ada televisyen -antara sumber berita yang ada ialah radio dan surat khabar.Disebabkan pada masa itu bahan bacaan tidak begitu banyak,saya membaca surat khabar,seperti Utusan Melayu ,dari kulit ke kulit.Ada kalanya saya membaca surat khabar yang sama selama seminggu.Kadang-kadang saya membaca majalah seperti Mastika ,dan juga majalah yang serius ketika itu seperti Dewan Masyarakat,Sarina dan Dian. .Dan ketika zaman kanak-kanak,masih belum ada teknologi komputer dan permainan video.Oleh itu,masa saya diisi dengan membaca buku cerita dan komik.Secara kebetulan saya berada dalam aliran akademik,di samping aktiviti lain,seperti perbahasan dan sebagainya yang memerlukan pembacaan yang tinggi,maka amalan membaca amat penting dalam kehidupan saya.Saya membaca,teta

SKETSA

Dewan Pelajar Kisah Bulan Ini Bil.2/2020 Tajuk: Garis-garis Kolem Penulis: Uthaya Sankar SB. ' Kolem ialah satu daripada seni tradisional masyarakat India.Banyak orang yang mengaitkan dengan agama Hindu.Namun begitu,sebenarnya kolem bercirikan budaya' 'Kita perlu memahami falsafah di sebalik aktiviti melukis kolem .Dalam budaya India, kolem dibuat sebagai satu daripada aktiviti dharma ,iaitu membuat kebajikan kepada serangga dan burung' ' Kolem yang sedang dilukis oleh nenek menggunakan tepung beras.Itulah sebabnya kolem tersebut berwarna putih.Orang Bengal di India dan Bangladesh menggunakan bahan pewarna asli daripada tumbuh-tumbuhan.Oleh sebab itu,terhasillah kolem pelbagai warna yang masih selamat untuk dimakan oleh serangga dan burung'