Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Antara akal dan Perasaan

Imej
Antara Menara PJD dengan AMBANK Assurance perlu berjalan kaki. Saya singgah ke bank untuk mengambil wang.Al-maklumlah,perjalanan setiap hari dari Seremban ke Titiwangsa( Menara PJD-adalah tempat saya bertugas) memerlukan wang belanja.Saya kemudiannya singgah makan tengah hari ke Restoran Shahida - terletak tidak jauh dari bank itu dan harga yang ditawarkan agak munasabah.Restoran itu ramai juga pelanggan. Saya memilih makanan yang kurang cili dan pedas.Makanan yang bercili kalau kerap diambil-tidak baik untuk perut.Saya memilih ikan kembung dan sayur bayam yang direbus.Enaknya sesuatu makanan itu ketika perut sedang lapar.Minuman biasa saya ialah teh O panas dengan air suam. Keperluan air suam itu pula adalah bagi mengimbangkan manisnya gula dalam teh O itu.Manakala pada sebelah pagi saya lebih menggemari kueh atau capati di restoran mamak Bistro bersebelahan dengan pejabat saya. Saya kemudiannya singgah ke sebuah kedai yang menjual majalah dan surat khabar. Saya melihat ada majalan