Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Menulis puisi

Menulis puisi adalah kerjatangan saya yang pertama. Kumpulkan sahaja apa yang berdetak di hati itu dan mulai hantar kepada media cetak.Memanglah saya tahu debaran hati anda itu.Persoalan pertama:apakah puisi aku itu akan tersiar atau tidak?. Tapi,kalau anda tidak memulakan satu langkah,dapatkah anda sampai ke seribu langkah? Saya juga pernah merasakan rasa kecewa anda apabila puisi tidak disiarkan.Tapi, sikap putus asa itu tidak harus ada di dalam jiwa seorang penulis. Anda harus rajin bertukang(menulis).Saya suka menggunakan perkataan bertukang kerana anda perlu menghasilkan suatu produk yang terbaik sebelum dihantar kepada pihak pengarang/penerbit.Samada puisi anda tersiar atau tidak,itu bukanlah tugas anda mempersoalkannya. Bukankah tugas anda sebagai penulis dan kerja anda juga adalah menulis.

Cerita selepas hujan

Cerita selepas hujan merupakan cerpen saya yang terbaru disiarkan oleh majalah PEREMPUAN keluaran Mac 2010 (Bil: 238). Cerita ini mengenengahkan watak Budin yang merupakan budak nakal di dalam kampung.Disamping Budin, saya juga memperkenalkan Mamat dan Malek selaku rakan-rakan Budin. Untuk menghidupkan jalan cerita cerpen ini, saya menampilkan watak gadis pingitan bernama Munira dan Mak Cik Leha selaku ibu kepada Munira. Untuk mengetahui cerita yang selanjutnya dapatkan PEREMPUAN keluaran Mac yang berada di pasaran sekarang ini.

Isu anak gadis lari ikut lelaki asing

Isu ini hangat diperkatakan sekarang ini oleh media cetak dan media eletronik.Ianya membawa kesedaran kepada kaum keluarga supaya lebih prihatin kepada masalah ini. Kenapa gadis-gadis kita mudah jatuh hati kepada lelaki asing adalah disebabkan mereka ini pandai memikat serta pandai pula menaburkan janji manis yang membuat anak gadis mudah tergoda. Inilah yang menjadikan bahan utama saya di dalam menulis sebuah tulisan di ruang Pendapat Utusan Malaysia bertarikh 18 Februari 2010.

Honorarium sebagai penulis

Sudah pastinya anda berasa amat gembira apabila mendapat honorarium dari pihak penerbit akhbar atau majalah terhadap hasil penulisan anda,terutamanya,cerpen atau sajak. Ianya lebih menceriakan anda kalau datangnya dari akhbar atau majalah arus perdana. Hanya penulis sesama penulis dapat merasakan perasaan itu.Seharusnya saya merakamkan terima kasih kepada pihak pengarang yang menyiarkan karya saya itu dan pihak penerbit di atas honorarium tersebut. Anda akan terus mempunyai keinginan untuk menulis lagi. Tidak semua tulisan anda disiarkan dan kuasa menyiarkan sesuatu tulisan itu adalah hak pengarang.Mungkin bukan giliran tulisan anda kali ini,tetapi giliran penulis lain pula karya mereka disiarkan.Anda perlu bersabar dan terus menulis,itu sahaja ungkapan yang dapat saya nyatakan di sini.

Mood untuk menulis.

Mood untuk menulis Saya menyifatkannya sebagai 'mood' iaitu keinginan dari dalam untuk menulis. Mood yang baik juga penting untuk tujuan mengadunkan bahan-bahan yang sedia ada untuk menghasilkan sesebuah karya. Begitulah pada bulan November 2009 yang lalu saya berjaya menyiapkan tiga buah cerpen.Tiga buah cerpen tersebut ialah ' Kasih Berputik Di Kaki Senja ' diikuti pula ' Pesta Sang Tikus' dan ' Sebatang Pohon Mati'. Ketiga-tiga cerpen itu mendapat tempat di dalam media tempatan di mana cerpen saya " Kasih Berputik Di Kaki Senja' ( Utusan Melayu Mingguan ),'Pesta Sang Tikus' (e-baca) dan ' Sebatang Pohon Mati ( JELITA ). Anda pula bagaimana?