Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Imej

Imej memberikan banyak makna. Imej lebih bermaksud kepada penampilan diri. Sewaktu makan tengah hari,sebelum melakukan solat Jumaat, saya ditemani oleh seorang kawan yang menceritakan tentang imej. Sambil makan,dia rancak bercerita dengan saya. Akhirnya, dia kurang bersetuju dengan pandangan orang ramai tentang anggapan jabatan itu melakukan korupsi dan jabatan ini melakukan korupsi berdasarkan persepsi orang.(Melainkan ada bukti yang sahih,orang itu didapati bersalah). Tidak ada yang terfikir,bahawa unsur-unsur luar ada mempengaruhi sesuatu keputusan dan oleh kerana mengikut arahan dari pihak tertentu yang berpengaruh ini, imejnya jadi kurang manis di mata orang ramai. Imej dikaitkan dengan golongan tertentu yang berpengaruh menjadikan seseorang itu kepadanya seolah-olah barua untuk mencapai kepentingan dirinya. Imej juga memberikan imejan kepada kambing hitam. Tepuk dada tanya selera!

Rutin harian

Begitulah yang selalu saya lakukan.Bangun seawal pukul 5.00 pagi.Saya akan ke dapur membersihkan cawan atau pinggan yang masih kotor itu. Saya akan masak air panas. Sarapan pagi adalah sebuah kepastian kepada saya. Saya akan menyediakan minuman untuk isteri dan anak saya. Untuk minuman pagi,saya membuat sendiri minuman kegemaran saya dengan mencampurkan milo, susu tepung(everyday) dan sedikit serbuk nescafe. Saya menyediakan oat dan susu anlene untuk isteri saya. Manakala anak saya Zul, saya akan menyediakan 'green tea panas'. Azan berkumandang dari masjid hidayah. Saya akan mandi.Ianya diikuti oleh isteri saya. Saya melakukan solat subuh.Selepasitu saya bersiap sedia ke stesen keretapi Seremban apabila jam menunjukkan 6.30 pagi. Perjalanan dari rumah ke stesen tersebut mengambil masa sepuluh minit lebih. Saya harus menaiki tren pukul 6.45 pagi. Saya perlu turun ke BTS dan menaiki LRT ke Titiwangsa. Begitulah permulaan pagi,permulaan kehidupan.