Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Menghalau hantu

Menghalau hantu adalah cerpen saya yang tersiar di dalam majalah PEREMPUAN bagi Julai 2010. Saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada editor majalah tersebut kerana menyiarkan karya saya itu. Menghalau hantu adalah kisah sepasang suami isteri yang menjadikan rumahtangga mereka porak peranda akibat si-isteri sering di rasuk oleh hantu saka yang berpunca dari keturunan. Untuk mengetahui cerita sepenuhnya,adalah lebih baik pihak saudara/saudari mendapatkan majalah PEREMPUAN keluaran yang terbaru itu.

Kapal Terbang Kertas

Kapal Terbang Kertas adalah merupakan cerpen saya di dalam majalah 'e-baca' dalam keluaran yang terbaru iaitu Jun.Terima kasih saya kepada Editor kerana memberikan saya ruang untuk karya saya di situ. Kapal Terbang Kertas dilahirkan setelah saya mendapat idea di dalam Pertandingan Kapal Terbang Kertas dimana pelajar-pelajar JKA (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Port Dickson menjuarai pertandingan itu. Idea itu saya sesuaikan dengan cerita cereka saya tentang kehilangan seorang adik setelah kakaknya asyik bermain dengan kapal terbang kertas ditepian pantai. Bagi mengikuti cerita tersebut selanjutnya,dapatlah saudara/saudari mendapatkan majalah 'e-baca' keluaran Jun 2010 di pasaran. Sehubungan ini, saya ada menulis Surat kepada Editor tentang kesungguhan dalam menulis dalam Dewan Sastera bulan lalu dan kesungguhan ini pula adalah pula susulan dari itu saya ada terbaca dalam akhbar tentang tips editor dalam pemilihan karya serta komen tentang terdapat segelintir