Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Cerita Seorang Kawan

Cerpen 'Cerita Seorang Kawan" adalah cerpen yang tersiar di dalam majalah 'e-baca' keluaran Julai 2011. Terima kasih kepada Editor majalah kanak-kanak yang popular itu kerana menyiarkan tulisan saya itu. "Cerita Seorang Kawan" adalah cerita seorang pelajar sekolah yang menghadapi dilema di dalam hidupnya. Untuk mengetahui cerita selanjutnya,sila dapatkan majalah tersebut yang berada di dalam pasaran sekarang ini.

Antara Dua Hati

Utusan Melayu Mingguan telahpun menyiarkan sebuah cerpen saya yang bertajuk 'Antara Dua Hati', Isnin 27.06.2011 Terima kasih saya ucapkan kepada Pengarang Utusan Melayu Mingguan tersebut kerana menyiarkan tulisan saya itu. Mereka yang ingin mengetahui isi kandungan cerpen itu bolehlah membacanya bersama sisipan akhbar Utusan Malaysia keluaran Isnin itu.

Di Sebalik Sampah Itu

Di Sebalik Sampah Itu. Ianya adalah sebuah cerpen yang tersiar di dalam majalah ANIS Bilangan 167 yang telah berada di dalam pasaran sekarang ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Puan Editor yang menyiarkan tulisan saya itu.Ianya memberikan saya suntikan motivasi kepada saya untuk terus menulis lagi di masa depan. Saya telah pun mengusahakan novel pertama saya di dalam penulisan2u yang bertajuk 'Cerita Selepas Hujan'. Novel itu telahpun memasuki siri ke enam belas. Di sini,saya ingin mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa mereka untuk membaca novel saya itu dari minggu ke minggu.Nampaknya,bilangan pembacanya semakin bertambah setiap minggu.Alhamdulillah!. Sebelum ini saya juga ada menghasilkan sebuah cerita di dalam majalah Remix keluaran Kumpulan Utusan Melayu Sdn.Bhd. yang bertajuk 'Cerita Di Sebalik Perkahwinan'. Saya mendefinasikan di 'sebalik itu' mempunyai hikmah-hikmah tertentu

Kasih yang hilang

'Kasih yang hilang' adalah sebuah puisi yang disiarkan di dalam majalah Wanita (keluaran Kumpulan Utusan Melayu) bagi bulan Julai 2011. Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya kepada editor majalah itu kerana menyiarkan tulisan saya itu. Puisi adalah bidang atau genre yang pertama saya ceburi semasa mengorak langkah ke alam penulisan.Puisi adalah ungkapan kata hati yang dipindahkan kepada bentuk tulisan. Puisi mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada khalayaknya.

Kahwin empat

Berkahwin lebih dari satu atau empat yang bertujuan mengisi kuota seorang lelaki itu memang hebuh diceritakan sekarang ini. Cuma saya lebih suka mengambil 'side-story' di sebalik perkahwinan itu. Mungkin inilah pengalaman yang saya perolehi sewaktu menjadi pemberita sambilan "stringer" di Utusan Melayu di Port Dickson satu ketika dulu. Salah seorang veteran memaklumkan kepada saya selain dari kehebatan lelaki berkahwin empat,adalah seorang dua itu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana ada saluran-saluran tertentu pada alat kelamin yang tersumbat dorongan dari kekerapan melakukan aktiviti-aktiviti yang tuan-tuan sedia maklumkan itu. Veteran ini tidak menggalakkan seorang lelaki itu berkahwin empat.Manakala seorang rakan yang berjumpa penulis mengatakan,berkahwin dari satu ini adalah lubuk sengsara'..janganlah suka nak cuba-cuba'.

Rahsia Peti Hitam

Rahsia Peti Hitam adalah cerpen saya yang terbaru disiarkan di majalah 'e-baca' iaitu keluaran Jun 2011. Terima kasih saya kepada editor majalah kanak-kanak yang popular itu kerana menyiarkan tulisan saya ini. Bagi mengetahui cerita di dalam cerpen itu, diharapkan anda dapat memiliki majalah tersebut yang berada di dalam pasaran. Bagi saya,menulis menuntut satu disiplin yang kukuh. Manakala,novel saya iaitu 'Cerita Selepas Hujan' telahpun memasukki siri yang ke 13.Ianya anda boleh tatapi di dalam laman 'penulisan2u'.