Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

WARISAN

WARISAN Warisan adalah cerpen saya yang disiarkan oleh majalah PEREMPUAN keluaran terbaru iaitu Mach 2011. Disini saya mengucapkan terima kasih kepada editor majalah PEREMPUAN itu kerana menyiarkan tulisan saya itu. Saya berpendapat betapa penyiaran sesuatu tulisan itu memberikan motivasi kepada seseorang penulis untuk terus menulis di masa depan. Pada masa yang sama juga saya telahpun mulai mengorak selangkah lagi dengan menulis novel bersiri yang bertajuk Cerita Selepas Hujan di dalam laman siber yang mempunyai ribuan pengunjungnya iaitu Penulisan2U. Hingga kini saya telah menulis sehingga siri kedua bagi novel itu. Sehubungan ini, saya tertarik dengan tulisan Ku Seman yang menyentuh novel Interlok yang menjadi isu hangat sekarang ini di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.Saya melihat dari segi pendiriaannya yang menghargai Sasterawan Negara itu.