Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Puisi: Memberi dan Menerima

Imej
Puisi adalah bahasa hati. Puisi juga adalah bait-bait kata yang disusun indah bagi mengukir sesuatu maksud yang terpendam. Ianya juga merupakan kutipan-kutipan kehidupan yang amat bermakna bagi seseorang penulis. Terima kasih saya kepada Editor Mingguan Malaysia yang menyiarkan puisi saya iaitu Memberi dan Menerima di Mingguan Malaysia pada 16.06.2013.

Aiman Jangan Menangis

Imej
Saya memang suka ke kedai buku dan hujung minggu itu ke kedai buku POPULAR untuk melihat majalah dan buku-buku keluaran yang terbaru. Saya melihat majalah kegemaran kanak-kanak KUNTUM Jun 2013 telah pun berada di dalam pasaran.Saya mengambil majalah itu dan membelinya. Hati saya berdetik untuk membaca Cerita Teladan bagi KUNTUM bulan ini.Tulisan saya 'Aiman Jangan Menangis' tersiar bulan ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Editor Majalah KUNTUM kerana menyiarkan tulisan saya itu.