KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU

KEMBALI MENJENGAH TAHUN-TAHUN YANG LALU Setelah bertahun-tahun meninggalkan laman blog ini,pada hari ini...tahun 2020 saya kembali teruja melihatnya kembali. Blog ini banyak menceritakan hasil-hasil penulisan yang dihantar ke pihak media yang berbentuk majalah atau akhbar dan yang tersiar. Cuma apa yang menjadi kenangan yang bermakna kepada saya ialah menerima satu anugerah yang berprestij yang saya anggap iaitu pada tahun 2019 - saya menerima Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 bagi Kategori Buku : Cerpen "Kapal Terbang Kertas" dan ini mendorongkan semangat saya untuk terus menulis dan terus menulis. Anugerah ini saya terima setahun selepas saya bersara dari perkhidmatan kerajaan. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapat buku cerpen ini dengan harga RM25/senaskah - boleh pm kepada saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

URTV

Burung Merpati Terbang Rendah

Kuntum Tulip Biru