Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

KUNTUM

Membuka tirai tahun 2011 ini, Kuntum yang merupakan majalah kanak-kanak dan mendapat sambutan ramai,khususnya kanak-kanak telah menyiarkan dua buah tulisan saya di dalam majalah terbitannya keluaran Februari 2011. Tulisan saya yang pertama yang disiarkan ialah Mencari Damai dan tulisan saya kedua pula bertajuk Ikhlas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Editor majalah Kuntum itu kerana menyiarkan tulisan saya itu. Ia membangkitkan semangat saya untuk terus menulis dan menghasilkan tulisan saya kepada majalah berkenaan. Bagi saudara/saudari yang ingin membaca tulisan-tulisan saya ini,sila dapatkan majalah KUNTUM yang ada dijual di pasaran sekarang ini. Hingga ketemu lagi.