Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Pertukaran alamat

Sebenarnya pertukaran alamat ini adalah perkara kecil sahaja. Tapi,ada yang bertanya kepada saya apakah Ismail Hashim dari Port Dickson dan Ismail Hashim dari Sikamat merupakan penulis yang sama? Jawapan saya adalah YA. Pertukaran alamat surat menyurat adalah disebabkan perpindahan tempat kerja yang baru.Saya tetap menulis walau di mana pun saya pun berada,samada di Port Dickson atau di Sikamat.InsyaAllah. Terima kasih saya kepada Editor Berita Minggu kerana menyiarkan tulisan saya berupa puisi iaitu 'Jalan Pulang' pada BM hari ini iaitu 21.10.2012.

Ombak

'Ombak' adalah puisi saya yang tersiar di dalam Dewan Sastera bagi bulan Oktober 2012. Terima kasih saya kepada Editor Majalah Dewan Sastera kerana menyiarkan tulisan saya itu.

Yang Hilang

Begitu tajuk 'Kisah Bulan Ini'  yang  disiarkan oleh Dewan Pelajar bagi keluaran bulan Oktober 2012. 2. Saya ingin merakam terima kasih saya kepada saudari Editor Dewan Pelajar yang menyiarkan tulisan saya itu. 3. Bagi adik-adik yang mahu menikmati kisah tersebut,sila dapatkan majalah ini yang berada dalam pasaran sekarang ini.