MEMBACA DAN BERFIKIR

Dewan Masyarakat Bil.2/ 2020 Minat membaca disemai melalui ayah saya yang merupakan seorang yang suka membaca, walaupun tahap pendidikan beliau tidak begitu tinggi.Saya masih ingat suatu masa dahulu -ketika negara kita masih belum ada televisyen -antara sumber berita yang ada ialah radio dan surat khabar.Disebabkan pada masa itu bahan bacaan tidak begitu banyak,saya membaca surat khabar,seperti Utusan Melayu,dari kulit ke kulit.Ada kalanya saya membaca surat khabar yang sama selama seminggu.Kadang-kadang saya membaca majalah seperti Mastika,dan juga majalah yang serius ketika itu seperti Dewan Masyarakat,Sarina dan Dian..Dan ketika zaman kanak-kanak,masih belum ada teknologi komputer dan permainan video.Oleh itu,masa saya diisi dengan membaca buku cerita dan komik.Secara kebetulan saya berada dalam aliran akademik,di samping aktiviti lain,seperti perbahasan dan sebagainya yang memerlukan pembacaan yang tinggi,maka amalan membaca amat penting dalam kehidupan saya.Saya membaca,tetapi saya tidak mengambil apa-apa yang saya baca secara bulat-bulat.Saya akan berfikir mengenai setiap apa yang saya baca, YB Dr.Abdul Aziz Bari Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi,Sains dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Perak,merangkap ADUN Tebing Tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

URTV

Burung Merpati Terbang Rendah

Kuntum Tulip Biru