Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012
Saya sebenarnya belum menjumpai tajuk yang sesuai untuk saya ungkapkan.Jadi pun saya menulis mengikut gerak hati saya. Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang penulis. Bagaimana bakat yang sedia ada menguntum dalam sanubari yang akhirnya lahirnya beberapa buah puisi. Sewaktu saya ke Melaka baru-baru ini saya sempat membeli sebuah novel yang bertajuk Si Kembang Desa terbitan YWJ CITRA dan penulis ini saya rasa saya kenal. Imbauan lalu itu mengingatkan saya suatu rancangan radio yang dinamakan 'Di Pinggir Selat Melaka' iaitu RTM Melaka. Dahulunya, disebutkan orang terletak di Jalan Mata Kucing manakala sekarang pula jalan tersebut  ialah Jalan Taming Sari.Riak-riak ombak yang berkumandang di radio itu adalah sesuatu yang mengasyikkan. Di rancangan itulah,saya menghantarkan tulisan-tulisan saya berbentuk puisi dan cerpen. Dan di situlah adanya seorang dua yang menulis kepada saya tentang menghasilkan karya-karya saya berbentuk cerpen dan puisi itu. Cukuplah di sini du