ULASAN KISAH BULAN INI DEWAN PELAJAR BIL 1/2020

DI MANA SI CAPIK ADIK Kisah Bulan Ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang berbelah bahagi antara keluarga sendiri dengan orang lain. Subjek kepada cerita ialah burung itu sendiri. Burung itu diberikan nama Capik -seekur anak burung pipit.Anak burung ini mengalami kecederaan pada bahagian kepaknya. Adik telah meletakkan burung ini ke dalam sebuah sangkar.Adik telah merawat anak burung itu dengan membubuh ubat pada sayapnya yang terluka itu. Anak burung itu terus dipelihara oleh Adik setelah lukannya sembuh. Si Capik terus membesar dan sudah boleh terbang dari dahan ke dahan. Capik pun manja dengan Adik. Setiap pulang dari sekolah, Adik akan bermain-main dengan Capik dan dibiarkan terbang bebas dari dahan ke dahan dan Adik akan memanggil Capik dengan panggilan pit-pit setelah hari semakin senja dan Capik yang terbang akan hinggap di telapak tangan Adik dan Adik akan memasukkan Capik ke dalam sangkar. Suatu hari, sewaktu mengulang kaji pelajarannya, Adik telah melepaskan Capik bermain-main di dahan pokok yang berhampiran dengan rumah.Sudah menjadi suatu kebiasaan,Adik boleh mendengar suara Capik berkicauan di dahan-dahan pokok itu,tapi kali ini tidak. Adik mulai berasa hairan.Kemanakah hilangnya Si Capik Adik itu.Adik cuba mencari di sekitar rumah,tetapi Capik tidak kelihatan.Emak yang melihat keadaan Adik yang susah hati itu,memujuk Adik dan memberitahu mungkin esok Capik akan pulang ke sini.Malam itu tidur Adik tidak lena kerana mengenangkan Capik. Pagi itu, Adik mendengar suara Capik hinggap di pohon bunga raya rumah.Kicauan Capik disertai dengan kicauan burung-burung pipit yang lain.Adik memanggil emaknya.Adik melihat Capik bersama-sama burung yang lain. Capik terbang rendah dan apabila Adik cuba menangkapnya,Capik terbang ke atas.Emak menasihatkan Adik kerana Capik sudah sihat dan mahu sama-sama kembali bersama keluarganya. -TAMAT- PENULIS: NURIMAS SN PENGULAS: ISMAIL BIN HASHIM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

URTV

Burung Merpati Terbang Rendah

Kuntum Tulip Biru