Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Ikan Sembilang Masak Lemak

Cerpen saya 'Ikan Sembilang Masak Lemak' merupakan cerpen saya terbaru di dalam majalah popular kanak-kanak 'e-baca' keluaran Mei Tahun 2011. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Editor majalah 'e-baca' yang menyiarkan karya saya itu.Bagi mengetahui cerita sepenuhnya, dapatkan majalah tersebut di pasaran sekarang ini. Masing-masing sudah tentunya berasa tergiur apabila menikmati masakan 'masak lemak' itu.Selera akan bertambah bersama ramuan-ramuan asli yang membangkitkan aroma.Tanpa disedari,senduk akan digunakan untuk menceduk nasi untuk ditambah ke dalam pinggan kita. Semoga dengan tersiar-siar cerpen ini,ianya menggalakkan saya untuk menulis lebih giat lagi di masa depan. Novel Bersiri saya " Cerita Selepas Hujan' di dalam Penulisan2U telah masuk siri ke 8,sudi-sudilah membaca buah tangan saya itu. Selamat Membaca.

Kehilangan

Kehilangan adalah cerpen saya terbaru tersiar di dalam majalah PEREMPUAN keluaran April atau keluaran yang terbaru. Saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Editor yang menyiarkan karya saya itu. Kehilangan banyak menyentuh tentang seorang wanita yang sanggup meninggalkan anak dan suaminya semata-mata mengikut rasa cintanya kepada teman lelaki ke Lombok. Untuk mengetahui cerita seterusnya,sila dapat majalah PEREMPUAN yang ada di pasaran sekarang ini. Manakala itu, novel bersiri saya di dalam penulisan2u, iaitu Cerita Selepas Hujan ,telahpun masuk siri ke empat. Sudi-sudilah membacanya.