Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Burung Merpati Terbang Rendah

Imej
Burung Merpati Terbang Rendah adalah sebuah tulisan saya yang disiarkan oleh majalah KUNTUM keluaran September 2013. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Editor KUNTUM yang menyiarkan tulisan saya itu. Pada muka depan majalah ini dalam ruang Pesanan Editor , Editor ada berpesan supaya kita tidak terlalu asyik melayari dunia siber. Pada pelajar sekolah ia akan melekakan kita,khususnya dalam memberikan tumpuan dalam menekuni buku pelajaran. Kita mungkin berasa mengantuk dalam kelas kerana kurang tidur pada sebelah malam. Kita lebih suka terperap di dalam bilik melayari dunia siber. Ada segelintir daripada kita yang enggan mengikut ibubapa bersiar-siar dan lebih suka duduk di rumah melayari dunia siber yang mereka gemari itu.

Kuntum Tulip Biru

Imej
Kuntum Tulip Biru adalah sebuah novel yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara: Arena Wati Bagi saya membaca novel adalah membaca pemikiran pengarangnya dalam mengolah cerita yang dilalui pada zamannya itu. Terima kasih saya kepada Pengarang Mingguan Malaysia yang menyiarkan tulisan saya ini.

Jika Esok Tiba

Imej
Usai solat subuh, saya akan dihantar ke stesen keretapi KTM Seremban untuk menaiki komuter ke tempat kerja.Pengurusan masa memainkan peranannya di situ. Kalau anda terlewat dari jadual tren anda akan melihatkan komuter berlalu pergi dan perlu menunggu komuter yang berikutnya. Biasanya tidak lama antara 5 hingga 10 minit sahaja komuter akan sampai. Kelewatan itu mungkin berpunca anda bergerak lewat dari rumah dan perlu beratur untuk membeli tiket keretapi (sekarang saya gunakan kad touch& go) lebih mudah lagi. Anda perlu berjalan kaki menunggu ke jejambat penghubung ke seberang. Menuruni tangga langkah anda perlu berhati-hati, bimbangkan kaki anda akan terserandung dan anda akan terjatuh kelak. Bila anda 'terjatuh' ada orang lebih suka tergelak dari menunjukkan rasa 'simpati'nya. Ada bangku-bangku yang disediakan oleh KTM Seremban untuk penunpang duduk. Dalam keretapi itu saya akan membaca buku seperti novel satu atau dua bab atau antologi cerpen sebelum mengikut

Sayalah Perempuan Itu

Imej
Sayalah Perempuan Itu adalah sebuah puisi. Ianya terhasil melalui cerita suka duka seorang perempuan. Ianya adalah sebahagian cerita-cerita kehidupan yang dilalui oleh seorang perempuan di dalam menghadapi kerenah-karenah insan yang disayangi....pun ciptaan dari celahan kehidupan. Terima kasih saya kepada editor WANITA (Kumpulan Utusan Melayu Sdn. Bhd.) yang menyiarkan tulisan saya ini dalam Majalah WANITA bulan Sept. 2013.

Sangkar

Imej
Pengalaman seharian ada kalanya boleh dikutip untuk dicatatkan. Ada orang yang terjumpa duit 10 sen di atas jalan,tapi tidak mahu mengutipnya kerana nilai wang itu adalah dianggap kecil. Tapi, wang yang kecil kalau dikumpulkan ianya akan menjadi nilai yang banyak. Manakala ada pihak pihak pula yang ingin melupakan perkara-perkara yang kecil-kecil kerana ianya tidak mahu diperbesar-besarkan.Mungkin salah satu caranya adalah mahu menjaga hubungan silaturahim yang berpanjangan.Tambahan ada peribahasa yang mengatakan 'telaga yang keruh gagal mendatangkan air yang jernih'. Saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Editor KUNTUM yang menyiarkan tulisan saya itu. Ianya telah membantu menyuntik semangat saya untuk terus menulis......