Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Rama-rama dan Bunga

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada pembaca blog saya ini. Menulis adalah tugas seorang penulis. Bagi saya seorang penulis sesibuk manapun dia, dia perlu mencari sedikit ruang untuk membolehkannya menulis.Kehilangan 'mood' tidak boleh dijadikan asas sebagai kekangan untuk menulis. Rama-rama dan Bunga merupakan cerpen saya yang tersiar dalam majalah 'e-baca' keluaran Oktober 2010.Bagi mereka yang mahu mengetahui cerita seterusnya,sila dapatkan majalah tersebut yang berada dalam pasaran sekarang ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada editor majalah ini atas karya atau cerpen saya tersebut. Saya merasakan seseorang penulis perlu melahirkan sesuatu yang 'berharga' kepada pembacanya.Saya rasa begitu.Anda pula bagaimana?