Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Senja yang suram

Tirai Tahun Baru 2011 yang menjelang,telah mengenengahkan sebuah tulisan saya iaitu cerpen yang bertajuk Senja Yang Suram di dalam Majalah Jelita Januari 2011. Terima kasih kepada Editor Majalah JELITA yang telah menyiarkan tulisan saya itu.Ianya akan menjadi pemangkin bagi saya untuk melahirkan karya-karya yang bersifat cerpen di masa depan. Bagi mereka yang mahu mengetahui tentang kandungan cerpen tersebut,dapatlah majalah JELITA keluaran Januari 2011 yang berada di dalam pasaran sekarang ini.

Rencana Pendapat

Imej
Ada dua tulisan saya yang tersiar di dalam 'Pendapat' Utusan Malaysia baru-baru ini yang menyentuh impak kepada perceraian. Manakala ada satu tulisan saya yang menyentuh tentang Sekolah Harapan di majalah Milenia Muslim keluaran yang terbaru. Terima kasih saya kepada Pengarang/Editor berkenaan kerana sudi menyiarkan tulisan saya itu. Sebagai penulis, anda tentu merasakan keyakinan untuk terus menulis apabila tulisan-tulisan anda disiarkan itu.Begitulah yang sering saya ucapkan, tugas penulis adalah terus menulis.