Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Bila ada ramai nama yang sama

Satu hari saya cuba mencari nama saya di dalam blog ini dan akhirnya diketemukan dengan nama yang sama dengan nama saya.Tetapi,nama tersebut tertulis .'in Indonesia'. Mungkin ini agak mengelirukan saya dan mungkin juga pada orang lain.Nama yang sama adalah kebetulan semata-mata.Nama tersebut pula ada -(sempang) antara nama saya dengan nama arwah ayah saya. Patutlah,ketika seorang penerbit menghubungi saya dengan nombor telefon bimbit saya,dia memaklumkan ramai orang yang mempunyai nama yang sama dengan saya.Mungkin penerbit yang berkenaan tidak mahu keliru lalu menghubungi saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada penerbit berkenaan kerana memohon kepastian dari saya dan menyiarkan tulisan saya. Begitulah,kata orang..apa ada pada nama....