Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Kasih yang berputik itu

Kasih yang berputik itu adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Majalah 'e-baca' keluaran Ogos 2010. Kasih yang berputik banyak menceritakan tentang kehadiran seorang bayi yang dibela oleh ibunya disebabkan ibu bayi tersebut meninggal dunia.Dia merasakan ibunya itu telah kurang memberikan perhatian kasih sayang kepadanya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya di dalam cerpen itu, dapatkan majalah 'e-baca' keluaran Ogos yang berada di dalam pasaran. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Editor Majalah ' e-baca' kerana menyiarkan karya saya itu.

Janji

Janji ' Janji' adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Majalah Cahaya terbitan Jakim keluaran Mei-Jun 2010. Terima kasih kepada Editor untuk memberikan ruang kepada saya serta tulisan saya di dalam majalah tersebut. Cerpen ini mengisahkan kisah seorang kakak yang memperdayakan kedua-dua ibubapanya untuk lari dari rumah bersama-sama dengan lelakinya. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, saudara-saudari perlulah mendapatkan majalah dari Jakim itu.

Pelerai

Setiap penulis akan berasa gembira apabila tulisannya disiarkan. Tulisan saya berupa sebuah puisi 'Pelerai' tersiar di dalam majalah Harmoni keluaran yang terbaru. Saya singgah di sebuah kedai runcit mamak yang ada menjual pelbagai majalah. Tangan saya menyelak helaian demi helaian muka surat majalah tersebut dan mendapati tulisan saya ada di ruang itu dan lalu membelinya. Saya memang kerap ke kedai mamak itu untuk menjamah nasi lemak ayam Wak Rahman yang memang terkenal di atas bukit itu.