Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Sayang

Biasanya sayang adalah perasaan yang dilafazkan kepada orang yang kita kasihi.Ianya melibatkan pasangan kekasih. Rasa sayang ini dibina melalui perhubungan yang melalui kemesraan dan memerlukan masa untuk ianya bercambah. Kita sendiri dapat merasakan perasaan itu.Adakalanya, rasa sayang itu mendorongkan kita melakukan pengorbanan. Sayang yang saya ingin nyatakan adalah seorang kanak-kanak kecil yang bernama Sayang.Untuk mengetahui kisah selanjutkanya, dapatkanlah majalah 'e-baca' yang terkini (Mei 2010). Anda pula bagaimana pula mengungkap kata sayang itu?. Terima kasih kepada Editor majalah 'e-baca' kerana sudi menyiarkan karya saya itu.

Pulang ke pangkal jalan

Pulang ke pangkal jalan adalah judul cerpen saya dalam Utusan Melayu Mingguan yang bertarikh 19.04.2010. Utusan Melayu telahpun menyiarkan bahagian pertamanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarang Utusan Melayu Mingguan yang menyiarkan karya saya itu. Secara ringkasnya, tajuk atau judul adalah melambangkan isi kandungan pada kandungan sesuatu cerpen itu seterusnya. Mengenali tajuknya,sudah tentunya kita dapat mengagakkan ceritanya berkisar tentang seseorang yang telah melakukan kesilapan. Kesilapan itu telah pula mendatangkan keinsafan pada dirinya dan ini menimbulkan keinginan untuknya pulang ke pangkal jalan. Untuk mengikut cerita sepenuhnya cerpen saya itu, dapatkan Utusan Melayu Mingguan tersebut.

Menantunya Orang Jauh

Cerpen yang tersiar di dalam majalah WANITA (Utusan Karya Sdn. Bhd) keluaran bulan Mei 2010 menyingkap kisah gadis yang mengikut teman lelaki ke Indonesia kerana cinta.Adakalanya cinta ini bersifat subjektif. Cinta yang menyebabkan seseorang ini berasa dirinya dihargai.Perasaan cinta itulah yang memberikan 'jiwa' atau 'nyawa' kepadanya. Tetapi adakalanya cinta tidak kekal lama. Lihatlah cerita-cerita di dalam suratkhabar dimana ada suami menyiramkan cuka getah(asid) ke muka isterinya.Mungkin ini didorongkan tiada perasaan kasih terhadap isterinya. Begitu juga dengan tragedi seorang artis yang memukul isteri yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak mereka. Begitulah bila perasaan kasih dan sayang telah layu. Anda pula bagaimana dalam melayari perasaan anda di dalam bercinta?. Terima kasih kepada Pengarang WANITA kerana sudi menyiarkan karya saya itu.Bagi yang meminati membaca tulisan saya ini belilah majalah WANITA (Mei 2010)