Menulis dan menulis.....

Bagi saya menulis adalah satu keperluan di dalam hidup.Pengalaman harian yang anda lalui bagus juga diturunkan ke dalam bentuk tulisan. Ianya boleh dibaca semula apabila anda membuka blog ini.Imbasan semula boleh berlaku dengan menulis. Menulis untuk dihantar ke pusat penerbitan atau majalah adalah satu keperluan yang lain.Saya lebih suka menghantar tulisan saya di dalam bentuk cerpen dan puisi.Samada tulisan itu diangkat atau tidak oleh pihak penerbit adalah satu perkara yang berbeza. Selaku HOPT di pejabat saya, menulis e-mel atau surat rasmi adalah satu keperluan.Emel lagi cepat diterima dari surat. Ini kerana surat perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan.Emel juga digunakan sebagai platform makluman kepada pihak lain,misalnya mahu mengadakan mesyuarat penyelarasan projek,pembentangan lukisan rekabentuk konsep, lawatan tapak dan lain-lain lagi. Menulis, bukan sahaja khusus kepada penulisan cerpen,puisi,ulasan buku tetapi ianya juga termasuk kepada tugasan harian anda.Pengalaman harian boleh dijadikan bahan penulisan dan menjadi paling berharga kepada penulis apabila sesuatu tulisannya diangkat oleh pihak penerbit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

URTV

Burung Merpati Terbang Rendah

Kuntum Tulip Biru