Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012
Kuntum layu,jambatan kasih Ianya adalah cerpen saya yang tersiar di dalam majalah kesukaan ramai iaitu JELITA bulan Februari 2012. Saya mengambil kesempatan  di sini untuk mengucapkan terima kasih saya kepada Editor majalah JELITA kerana menyiarkan tulisan saya itu. Bagi mereka yang ingin mengetahui kisah cerpen tersebut,sila dapatkan majalah JELITA bulan Februari yang sedang berada dalam pasaran. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga kepada mereka yang mengikuti  siri Novel ' Cerita Selepas Hujan' di dalam Penulisan2u itu.
Puisi : Jejak Kasih Puisi yang bertajuk ' Jejak Kasih' tersiar dalam WANITA Februari 2012. Terima kasih saya kepada Editor Majalah WANITA terbitan Kumpulan Utusan Melayu ini. Bagi mereka yang ingin membaca puisi ini, sila dapat majalah itu yang berada di dalam pasaran sekarang ini. Disamping menulis cerpen,novel dan puisi,bagi saya puisi adalah riak rasa alunan hati yang perlu segera diperturunkan kepada permukaan rasa sebelum ianya lenyap dan tenggelam di lubuk hati. Tapi,bukannya puisi sahaja,lain-lain genre pun sama,harus dicatatkan apa yang dirasakan dalam mengungkap rasa dengan lebih sempurna dengan bait-bait kata yang penuh bermakna.

Azam Tahun Baru

Azam Tahun Baru adalah puisi saya yang tersiar pada hari Ahad iaitu 1.1.2012. Ianya menceritakan tentang azam yang berkubur : gagal dilaksanakan melalui detik waktu. Memang seringkali jadi begitu.Disebabkan banyak kekangan yang dilalui,apa yang diazamkan itu gagal disempurnakan dengan baik. Terima kasih kepada BM Ruangan Sastera kerana menyiarkan puisi saya itu.