Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

JELITA (Januari 2010)

Tajuk cerpen saya 'sebatang pohon mati' membuka tirai Januari 2010 di dalam majalah JELITA dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Editor JELITA kerana menyiarkan cerpen saya itu. Semuga ianya dapat menyemarakkan minat saya untuk terus menulis. Ilham datang untuk menulis apabila seorang kontraktor yang mengadu bahawa dia telah ditipu oleh rakan baiknya. Semasa menggunakan nama lesennya untuk mendapatkannya kerja, ia akan dibayar sebanyak 10% sebagai memakai namanya. Namun, apabila kerja sudah siap dan pembayaran dilakukan ke atas namanya(nama pemilik lesen itu), ia sudah ada kelainannya. Pemunya lesen itu mengambil sepenuhnya bayaran harga kontrak itu. Ini yang membuatkannya kecewa. Untuk mendapatkan ' ending' yang seterusnya,belilah majalah JELITA Januari 2010 yang ada dijual di pasaran.

Angka 6

WANITA ( Januari 2008)-terbitan Kumpulan Utusan Angka 6 Apa-apa pun boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerpen. Cerpen yang bertajuk ' Angka 6' yang tersiar di dalam WANITA Januari 2008 itu berkisar kepada perbalahan antara ibu dengan anaknya, Zul. Emak menyuruh Zul melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, manakala Zul tak bersetuju. Zul nak mengikut cara ayahnya yang memulakan pengajiannya dari sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Zul melihat pengalaman itu lebih berharga. Zul pula sering tidak tetap pendiriannya. Ada-ada yang tidak kena tindakannya yang menyebabkan Emak campur tangan dengan keputusannya. ' Angka 6' yang menjadi tajuk cerpen saya itu ialah apabila Zul yang mulai bekerja dengan sebuah syarikat telah berkenalan dengan seorang gadis yang disukainya. Zul juga telah merancang untuk menggunakan angka 6 itu.Enam bulan tempuh berkenalan,enam bulan bertunang dan enam bulan selepas itu pula mereka mahu berkahwin. Ini menyebabkan Emak selaku Pengetua Ka
Wartawan Sambilan (stringer) Kumpulan Akhbar Utusan Melayu Agak lama jugak saya menjadi wartawan ini( dalam masa tiga tahun) dan dalam masa itu saya banyak menulis berita dan rencana. Yang peling seronoknya,apabila nama terpampang di muka depan( Tragedi mati lemas di laut) yang berlaku di Port Dickson. Saya juga membuat berita di tapak pesta Port Dickson di mana banyak diadakan pertunjukkan pentas di kalangan artis-artis yang popular. Saya dapat kenal ramai orang sewaktu menjadi wartawan sambilan ini.Saya akui,pena yang ada pada kita lebih tajam dari mata pedang. Sebab itu, saya suka menasihatkan anda yang suka menulis supaya menghasilkan tulisan dan menghantarkannya ke pihak penerbitan. Saya terlalu terkenang kalau berjumpa dengan bekas-bekas YB di tempat saya,mereka akan bertanya kepada saya,apakah saya masih lagi menulis?. Saya masih lagi menulis tetapi agak berkurangan kalau mau dibeza yang terdahulu. Mungki di sebabkan kekangan waktu kerana melanjutkan pelajaran di peringkat ija

UTUSAN MELAYU MINGGUAN

" Kasih berputik di kaki senja" " Kasih berputik di kaki senja" adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Utusan Melayu Mingguan dan bahagian pertama,kedua dan ketiga telahpun disiarkan pada 3 minggu berturut-turut iaitu 14.12.2009,21.12.2009 dan 28.12.2009. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada editor Utusan Melayu Mingguan yang telah menyiarkan cerpen saya itu. Ianya telah menyuntik dorongan saya untuk menulis cerpen pada masa yang akan datang. Ada beberapa watak yang saya hidupkan di dalam cerpen ini untuk menjiwai jalan cerita (plot) cerpen saya kali ini bagi memberikan kesan kepada tingkah laku kepada watak-watak yang lain. Bersumberkan dari pemerhatian-pemerhatian pada masa lalu, saya menggunakan ramuan-ramuan tersebut bagi mengolahkan cerpen saya tersebut. Bagi saudara/saudari yang ingin mengetahui apakah kesudahannya cerpen ini, dapatkanlah naskah Utusan Melayu Mingguan pada setiap hari Isnin.

DEWAN SASTERA

Sudah acap kali saya menghubungi kepada Dawama bertanyakan tentang majalah langganan saya iaitu Dewan Sastera bagi Bulan Disember 2009.Jawap Dawama adalah: Majalah encik di dalam perjalanan. Kalau begitu saya tetap bersabar menunggunya. Terima kasih Dawama.Dewan Sastera Bulan Disember sampai ke tangan saya pada 16.12.2009 dan rupa-rupanya di sebalik penantian saya itu ada dua buah tulisan saya disiarkan. Terima kasih juga kepada Dewan Sastera,khususnya kepada Editor nya. Tulisan yang pertama adalah nasihat saya kepada seorang penulis agar kekangan masa tidak menghalangnya untuk menulis. Tulisan saya yang kedua ialah sebuah puisi bertajuk suram. Sekiranya anda hendak mengetahuinya belilah Dewan Sastera Bulan Disember 2009 itu. Saya telah memesan/melanggan satu lagi majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka,iaitu Dewan Budaya.

BERITA MINGGU

Puisi Pertanyaan yang tersiar di dalam Berita Minggu keluaran 13.12.2009 banyak menyingkap kepada diri. Ianya sekadar membawa kita ke arah muhasabah diri tentang apa yang telah kita telah lakukan selama ini. Pertanyaan demi pertanyaan perlu ada yang akan menjadi 'bench marking' sejauh mana perjalanan kita.

URTV

Mereka yang Pulang Mereka yang pulang merupakan cerpen saya yang tersiar di dalam majalah URTV baru-baru ini.Bahan tersebut agak lama tersimpan di dalam simpanan saya sebelum lahir di dalam bentuk tulisan. Ianya menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang hanyut oleh ombak deras di sebuah pantai yang terkenal di sini. Mayat ketiga-tiganya hanya diketemui pada keesukkan harinya. Cerita di dalam cerpen ini diadunkan begitu rupa untuk dijadikannya lebih menarik. Sekiranya tuan puan ingin membaca kisah cerpen ini seterusnya,belilah URTV terbitan Utusan Karya.