Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Honororium

Menjelang Aidilfitri ini saya telah menerima tiga honororium dari penerbit yang menyiarkan tulisan-tulisan saya. Penerbit-penerbit itu ialah Wanita(Kump.Utusan Melayu),Berita Minggu dan Majalah 'e-baca dan tulisan yang saya hasilkan di dalam akhbar dan majalah tersebut ialah berupa puisi dan cerpen. Menjelang Aidilfitri juga sebuah tulisan saya tersiar di dalam Majalah KUNTUM. Walauapapun, menulis memerlukan rasa 'tekun' dalam diri.

Kamu Jangan Nakal

Kamu Jangan Nakal Kamu Jangan Nakal adalah tulisan saya yang tersiar di Ruangan Cerita Teladan Majalah KUNTUM. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Editor majalah tersebut kerana menyiarkan tulisan saya ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada editor akhbar dan majalah yang menyiarkan tulisan-tulisan saya sebelum ini. Bagi adik-adik yang ingin mengetahui cerita Kamu Jangan Nakal ini, dapatkanlah majalah KUNTUM iaitu keluaran yang terbaru dan sedang berada di pasaran sekarang ini.

Bermain dengan Bayang-Bayang

Bermain dengan Bayang-Bayang adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Utusan Melayu Mingguan keluaran 08 Ogos 2011 yang lalu. Terima kasih saya kepada Tuan Pengarang Utusan Melayu Mingguan yang menyiarkan tulisan saya itu. Semoga ianya akan menjadi suatu momentum kepada saya untuk lebih gigih berkarya di dalam penulisan cerpen. Bahagian pertama telah pun disiarkan pada 08 Ogos dan bahagian yang berikutnya akan disiarkan pada minggu yang berikutnya. Sekian.Selamat Berjumpa Lagi.

Perasaan

Perasaan memainkan peranan yang penting dalam memupuk sesebuah percintaan. Tanpa perasaan,niat tidak akan kesampaian. Terima kasih saya ucapkan kepada editor majalah PEREMPUAN kerana menyiarkan puisi saya yang bertajuk perasaan. Bagi mereka yang mahu membaca puisi saya itu, dapatkanlah majalah PEREMPUA N Bil 253,iaitu keluaran yang terbaru. Sekian, hingga ke temu lagi.