Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Menghalau hantu

Menghalau hantu Menghalau hantu adalah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan dan tersiar di dalam majalah popular kanak-kanak iaitu ' e-baca' . Sekali lagi,saya ingin merakaman jutaan terima kasih kepada editor majalah itu yang menyiarkan karya saya tersebut. Menghalau hantu adalah ilham yang datang dari zaman silam saya yang pernah tinggal di kampung dan orang kampung suka mendapatkan khidmat dukun ini kerana dia tinggal sekampung dengan kita. Tambahan pula,tidak menentukan bayarannya. Mereka percayakan,sesetengah penyakit itu didorongkan rasukkan roh yang halus dan tidak boleh kelihatan dengan mata kasar kita. Bagi adik-adik yang berminat untuk mengetahui kisah yang selanjutnya dalam cerpen ini dapatkan majalah 'e-baca' keluaran April yang telahpun berada di pasaran sekarang ini.

Pendusta Cinta

Pendusta Cinta Pendusta Cinta adalah cerpen saya yang terbaru tersiar di dalam majalah HARMONI.Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Editor yang menyiarkan karya saya itu. Majalah HARMONI adalah terbitan Kumpulan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. Bagi yang ingin mengetahui kisah cerpen itu selanjutnya, sudi-sudilah memiliki majalah tersebut yang berada di dalam pasaran sekarang ini. Adakalanya kisah-kisah di dalam masyarakat boleh diadun untuk dijadikan jalinan cerita di dalam sesebuah cerpen kita itu.

Sampah

Sampah Mungkin sampah yang kita lihat setiap hari itu boleh dijana kepada sesuatu idea yang kreatif. Saya telah pun menggunakan idea dari sampah itu untuk dijadikan sebuah cerpen. Sampah adalah cerpen saya yang terbaru di dalam majalah kanak-kanak 'e-baca ' keluaran Mach 2011. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak editor kerana menyiarkan tulisan saya itu. Sesuatu tulisan yang disiarkan itu boleh mendatangkan motivasi bagi kita menghasilkan tulisan yang seterusnya. Untuk mendapat cerita penuh pada cerpen yang disiarkan itu, sila dapatkan 'e-baca ' keluaran Mach 2011 itu. Bagi mereka yang berminat untuk membaca novel saya di dalam Penulisan2U ,bacalah siri 3,novel Cerita Selepas Hujan' itu.