Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Pendiam

Pendiam 'Pendiam' adalah tulisan saya yang tersiar di dalam majalah KUNTUM keluaran Oktober 2012. Terima kasih saya kepada Editor KUNTUM yang menyiarkan tulisan saya itu. Bagi mendapatkan cerita sepenuhnya, sila dapatkan majalah tersebut yang berada di dalam pasaran sekarang ini.

Jendela

Jendela adalah sebuah puisi yang tersiar di dalam majalah JELITA Sept. 2012. Terima kasih saya pada Editor Majalah JELITA yang menyiarkan tulisan saya itu .Bagi mengetahui isi kandungan puisi tersebut dapatkan majalah JELITA yang berada dalam pasaran sekarang ini.

Tangga dan Adik Datang

'Tangga' dan 'Adik Datang' adalah cereka yang tersiar di dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Pelajar. 'Tangga' berupa sebuah Cerpen,manakala 'Adik Datang" adalah Kisah Bulan Ini.Terima kasih dfiucapkan kepada kedua-dua editor yang menyiarkan hasil tulisan saya itu. Tidak ada kegembiraan yang boleh dilafazkan oleh seorang penulis seperti saya apabila melihat tulisan-tulisan saya itu disiarkan. Bagi mendapat cerita yang sepenuhnya dapatkanlah kedua-dua majalah tersebut.Sekiranya anda sukar mendapat majalah-majalah ini, anda boleh membuat pesanan melalui Koperasi DBP.Saya telahpun membuat pesanan majalah tersebut. Penghasilan cerpen 'Tangga' adalah kenangan manis yang saya tinggalkan di tempat lama saya bekerja sebelum berhijrah ke tempat baru bertugas.Tempat baru saya bertugas ini memerlukan saya bangun awal dan meninggalkan rumah usai solat subuh dan menuju ke stesen komuter KTM Seremban.Saya turun ke Bandar Tasek Selatan untuk mendapatk