Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Mereka yang pulang dan Alahai Nurfatima

Mereka yang pulang dan Alahai Nurfatima Tajuk yang saya nyatakan di atas adalah cerpen yang tersiar di dalam Utusan Melayu Minguan dan URTV dan cerpen yang terhasil sepanjang tahun ini (2009). Sekurang-kurangnya ia menggalakkan saya untuk terus menulis lagi.Kerana banyak bahan-bahan yang boleh diolah dan dijadikan bahan untuk penulisan.

Dari Pinggir Selat Melaka

Dari Pinggir Selat Melaka adalah rancangan radio kawasan selatan (Radio Melaka) yang menyediakan ruangan untuk penulis-penulis kreatif menghantar karya mereka. Saya adalah salah seorang penyumbangnya. Ianya menyemarakkan semangat saya untuk menulis dan ketika itu, seingat saya berada di Tingkatan Lima dan banyak menghantar cerpen kepada ruangan tersebut. Rancangan terbitan Puan Hebat Fatimah dan ulasan Noor SM (arwah) itu sering berkumandang di udara pada sebelah petang dengan mukadimahnya adalah bunyi desiran ombak. Permulaan bagi seseorang bagi penulis masih kekal di dalam ingatannya. Walaupun saya melanjutkan pelajaran selepas itu, saya masih menulis seperti Rancangan Bunga Bangsa yang juga disiarkan di radio.Kemudiannya berjinak-jinak dengan akhbar-akhbar mingguan. Genre yang saya tulis adalah cerpen dan puisi.Minat yang mendalam di dalam bidang penulisan itu membawa saya menjadi seorang 'stringer' Kumpulan Akhbar Utusan Melayu. Cerpen saya yang terbaru adalah di akhbar Ut

Majalah 'e-baca'

Imej
Senyuman Adik adalah sebuah cerpen saya yang tersiar di dalam majalah 'e-baca' terbitan Oktober 2009. Ianya adalah ilham saya yang terbit dari kisah Along yang kematian ayah. Along telah dipertanggungjawapkan untuk menjaga Adik di rumah,manakala ibunya membawa Ayah mereka ke hospital untuk rawatan lanjutan tetapi meninggal dunia semasa di dalam perjalanan ke hospital tersebut. Sebenarnya ada beranika bahan yang boleh diadun untuk dijadikan ceritakan cerita.Ianya terpulanglah kepada seseorang penulis mengolahkan bahannya untuk menjadikan ianya lebih menarik. Cerita-cerita di dalam kehidupan boleh dipungut atau pengalaman yang dirasakan boleh juga menjadi sumber bahan yang berguna ketika mahu melahirkan sebuah tulisan. Sebelum ini, e-baca juga telah menyiarkan beberapa cerpen saya yang lain seperti ' Bermain Dengan Angka' dan 'Mangganya Hilang'. Terima kasih kepada Editor e-baca kerana telah menyiarkan karya saya itu untuk menyuntik semangat saya agar teru