Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Sayembara Cerpen dan Sajak

Sayembara Cerpen dan Sajak yang berlangsung di Perpustakaan Awam Melaka berjalan dengan baik. Ramai penulis yang hadir. Saya sempat berkenalan dengan lebih dekat Tuan Haji Razali Endun.Begitu juga dengan Saudara Aladdin Mohammad.Begitu juga saya ketemu semula dengan Encik Osman Dol.Pertama kali saya berjumpa beliau adalah di Port Dickson. Saya ada juga membeli novel tulisan Haji Razali Endun untuk menghayati buah fikirannya.Bagi saya,setiap penulis ada keistemewaannya yang sendiri. Saya sempat juga mengusik Haji Mokhtar Yassin yang dulunya suaranya berkumandang sebagai pengulas cerpen di Radio Malaysia Melaka iaitu di Ruangan Di Pinggir Selat Melaka dimana saya ada menghantar cerpen di ruangan itu. Deruan ombak pada permulaan rancangan adalah mengasyikkan. Saya juga berkesempatan mengenali 'Sha' seorang penulis muda yang berazam mahu menjadi penulis sepenuh masa. Kita ada Puan Nisah Haron di Negeri Sembilan yang juga penulis sepenuh masa. Dalam usia yang masih muda,saya rasa

Sayembara Cerpen dan Sajak DBPWS dan IPM

Saya agak terkejut apabila cerpen saya 'sangkut' akhirnya di Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak anjuran Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS) dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM),Melaka. Terima kasih saya kepada Tn.Hj. Razali Endun.Beliau menghantar saya borang bagi membolehkan saya memasuki sayembara itu kerana borang yang saya 'download' itu didapati kurang jelas. Setelah sekian lama menulis (sejak saya Tingkatan Lima) sekolah menengah dan menghantar karya saya di Rancangan Radio Kawasan Selatan iaitu "Di Pinggir Selat Melaka' dan mengasuh saya untuk terus menulis.Seingat saya penerbit Rancangan itu adalah Pn. Hebat Fatimah. Kejayaan ini mengiktirafkan saya sebagai seorang penulis dan bagi membolehkan saya terus menulis.Terima kasih saya ucapkan DBPWS dan IPM kerana memberikan saya peluang ini.Semoga menggerakkan saya lebih jauh ke alam penulisan!.