Di Sebalik Sampah Itu
Di Sebalik Sampah Itu.
Ianya adalah sebuah cerpen yang tersiar di dalam majalah ANIS Bilangan 167 yang telah berada di dalam pasaran sekarang ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Puan Editor yang menyiarkan tulisan saya itu.Ianya memberikan saya suntikan motivasi kepada saya untuk terus menulis lagi di masa depan.
Saya telah pun mengusahakan novel pertama saya di dalam penulisan2u yang bertajuk 'Cerita Selepas Hujan'. Novel itu telahpun memasuki siri ke enam belas. Di sini,saya ingin mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa mereka untuk membaca novel saya itu dari minggu ke minggu.Nampaknya,bilangan pembacanya semakin bertambah setiap minggu.Alhamdulillah!.
Sebelum ini saya juga ada menghasilkan sebuah cerita di dalam majalah Remix keluaran Kumpulan Utusan Melayu Sdn.Bhd. yang bertajuk 'Cerita Di Sebalik Perkahwinan'.
Saya mendefinasikan di 'sebalik itu' mempunyai hikmah-hikmah tertentu.Bagi mereka yang mahu mengetahui tentang isi kandungan cerpen saya itu,sila dapatkan majalah tersebut di dalam pasaran sekarang ini.
Ulasan
Catat Ulasan