Kahwin empat
Berkahwin lebih dari satu atau empat yang bertujuan mengisi kuota seorang lelaki itu memang hebuh diceritakan sekarang ini.
Cuma saya lebih suka mengambil 'side-story' di sebalik perkahwinan itu. Mungkin inilah pengalaman yang saya perolehi sewaktu menjadi pemberita sambilan "stringer" di Utusan Melayu di Port Dickson satu ketika dulu.
Salah seorang veteran memaklumkan kepada saya selain dari kehebatan lelaki berkahwin empat,adalah seorang dua itu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana ada saluran-saluran tertentu pada alat kelamin yang tersumbat dorongan dari kekerapan melakukan aktiviti-aktiviti yang tuan-tuan sedia maklumkan itu.
Veteran ini tidak menggalakkan seorang lelaki itu berkahwin empat.Manakala seorang rakan yang berjumpa penulis mengatakan,berkahwin dari satu ini adalah lubuk sengsara'..janganlah suka nak cuba-cuba'.
Ulasan
Catat Ulasan