Sayembara Cerpen dan Sajak

Sayembara Cerpen dan Sajak yang berlangsung di Perpustakaan Awam Melaka berjalan dengan baik. Ramai penulis yang hadir. Saya sempat berkenalan dengan lebih dekat Tuan Haji Razali Endun.Begitu juga dengan Saudara Aladdin Mohammad.Begitu juga saya ketemu semula dengan Encik Osman Dol.Pertama kali saya berjumpa beliau adalah di Port Dickson.

Saya ada juga membeli novel tulisan Haji Razali Endun untuk menghayati buah fikirannya.Bagi saya,setiap penulis ada keistemewaannya yang sendiri.

Saya sempat juga mengusik Haji Mokhtar Yassin yang dulunya suaranya berkumandang sebagai pengulas cerpen di Radio Malaysia Melaka iaitu di Ruangan Di Pinggir Selat Melaka dimana saya ada menghantar cerpen di ruangan itu. Deruan ombak pada permulaan rancangan adalah mengasyikkan.

Saya juga berkesempatan mengenali 'Sha' seorang penulis muda yang berazam mahu menjadi penulis sepenuh masa. Kita ada Puan Nisah Haron di Negeri Sembilan yang juga penulis sepenuh masa. Dalam usia yang masih muda,saya rasa Sha bakal mencipta namanya di arena penulisan.

Terima kasih saya kepada sumbangan dari DBP Wilayah Selatan kerana 'hadiah' yang berbentuk cek itu.Ini menyuburkan inspirasi saya untuk terus menulis lebih jauh lagi.Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Melaka dan Ikatan Persuratan Melayu Melaka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan