Sayembara Cerpen dan Sajak DBPWS dan IPM

Saya agak terkejut apabila cerpen saya 'sangkut' akhirnya di Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak anjuran Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan(DBPWS) dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM),Melaka. Terima kasih saya kepada Tn.Hj. Razali Endun.Beliau menghantar saya borang bagi membolehkan saya memasuki sayembara itu kerana borang yang saya 'download' itu didapati kurang jelas.

Setelah sekian lama menulis (sejak saya Tingkatan Lima) sekolah menengah dan menghantar karya saya di Rancangan Radio Kawasan Selatan iaitu "Di Pinggir Selat Melaka' dan mengasuh saya untuk terus menulis.Seingat saya penerbit Rancangan itu adalah Pn. Hebat Fatimah.

Kejayaan ini mengiktirafkan saya sebagai seorang penulis dan bagi membolehkan saya terus menulis.Terima kasih saya ucapkan DBPWS dan IPM kerana memberikan saya peluang ini.Semoga menggerakkan saya lebih jauh ke alam penulisan!.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan