Kehilangan

Kehilangan adalah cerpen saya terbaru tersiar di dalam majalah PEREMPUAN keluaran April atau keluaran yang terbaru.

Saya ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Editor yang menyiarkan karya saya itu.

Kehilangan banyak menyentuh tentang seorang wanita yang sanggup meninggalkan anak dan suaminya semata-mata mengikut rasa cintanya kepada teman lelaki ke Lombok. Untuk mengetahui cerita seterusnya,sila dapat majalah PEREMPUAN yang ada di pasaran sekarang ini.

Manakala itu, novel bersiri saya di dalam penulisan2u, iaitu Cerita Selepas Hujan,telahpun masuk siri ke empat. Sudi-sudilah membacanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan