Ikan Sembilang Masak Lemak

Cerpen saya 'Ikan Sembilang Masak Lemak' merupakan cerpen saya terbaru di dalam majalah popular kanak-kanak 'e-baca' keluaran Mei Tahun 2011.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Editor majalah 'e-baca' yang menyiarkan karya saya itu.Bagi mengetahui cerita sepenuhnya, dapatkan majalah tersebut di pasaran sekarang ini.

Masing-masing sudah tentunya berasa tergiur apabila menikmati masakan 'masak lemak' itu.Selera akan bertambah bersama ramuan-ramuan asli yang membangkitkan aroma.Tanpa disedari,senduk akan digunakan untuk menceduk nasi untuk ditambah ke dalam pinggan kita.

Semoga dengan tersiar-siar cerpen ini,ianya menggalakkan saya untuk menulis lebih giat lagi di masa depan.

Novel Bersiri saya " Cerita Selepas Hujan' di dalam Penulisan2U telah masuk siri ke 8,sudi-sudilah membaca buah tangan saya itu. Selamat Membaca.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan