Mood untuk menulis.
Mood untuk menulis
Saya menyifatkannya sebagai 'mood' iaitu keinginan dari dalam untuk menulis. Mood yang baik juga penting untuk tujuan mengadunkan bahan-bahan yang sedia ada untuk menghasilkan sesebuah karya.
Begitulah pada bulan November 2009 yang lalu saya berjaya menyiapkan tiga buah cerpen.Tiga buah cerpen tersebut ialah ' Kasih Berputik Di Kaki Senja' diikuti pula 'Pesta Sang Tikus' dan ' Sebatang Pohon Mati'.
Ketiga-tiga cerpen itu mendapat tempat di dalam media tempatan di mana cerpen saya " Kasih Berputik Di Kaki Senja' ( Utusan Melayu Mingguan),'Pesta Sang Tikus' (e-baca) dan ' Sebatang Pohon Mati ( JELITA).
Anda pula bagaimana?
Ulasan
Catat Ulasan