Honorarium sebagai penulis

Sudah pastinya anda berasa amat gembira apabila mendapat honorarium dari pihak penerbit akhbar atau majalah terhadap hasil penulisan anda,terutamanya,cerpen atau sajak.

Ianya lebih menceriakan anda kalau datangnya dari akhbar atau majalah arus perdana.

Hanya penulis sesama penulis dapat merasakan perasaan itu.Seharusnya saya merakamkan terima kasih kepada pihak pengarang yang menyiarkan karya saya itu dan pihak penerbit di atas honorarium tersebut.

Anda akan terus mempunyai keinginan untuk menulis lagi.

Tidak semua tulisan anda disiarkan dan kuasa menyiarkan sesuatu tulisan itu adalah hak pengarang.Mungkin bukan giliran tulisan anda kali ini,tetapi giliran penulis lain pula karya mereka disiarkan.Anda perlu bersabar dan terus menulis,itu sahaja ungkapan yang dapat saya nyatakan di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan