DEWAN SASTERA

Sudah acap kali saya menghubungi kepada Dawama bertanyakan tentang majalah langganan saya iaitu Dewan Sastera bagi Bulan Disember 2009.Jawap Dawama adalah: Majalah encik di dalam perjalanan. Kalau begitu saya tetap bersabar menunggunya.

Terima kasih Dawama.Dewan Sastera Bulan Disember sampai ke tangan saya pada 16.12.2009 dan rupa-rupanya di sebalik penantian saya itu ada dua buah tulisan saya disiarkan. Terima kasih juga kepada Dewan Sastera,khususnya kepada Editornya.

Tulisan yang pertama adalah nasihat saya kepada seorang penulis agar kekangan masa tidak menghalangnya untuk menulis.

Tulisan saya yang kedua ialah sebuah puisi bertajuk suram.

Sekiranya anda hendak mengetahuinya belilah Dewan Sastera Bulan Disember 2009 itu. Saya telah memesan/melanggan satu lagi majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka,iaitu Dewan Budaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan