Angka 6

WANITA ( Januari 2008)-terbitan Kumpulan Utusan

Angka 6

Apa-apa pun boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerpen. Cerpen yang bertajuk 'Angka 6' yang tersiar di dalam WANITA Januari 2008 itu berkisar kepada perbalahan antara ibu dengan anaknya, Zul.

Emak menyuruh Zul melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, manakala Zul tak bersetuju. Zul nak mengikut cara ayahnya yang memulakan pengajiannya dari sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Zul melihat pengalaman itu lebih berharga.

Zul pula sering tidak tetap pendiriannya. Ada-ada yang tidak kena tindakannya yang menyebabkan Emak campur tangan dengan keputusannya.

'Angka 6' yang menjadi tajuk cerpen saya itu ialah apabila Zul yang mulai bekerja dengan sebuah syarikat telah berkenalan dengan seorang gadis yang disukainya. Zul juga telah merancang untuk menggunakan angka 6 itu.Enam bulan tempuh berkenalan,enam bulan bertunang dan enam bulan selepas itu pula mereka mahu berkahwin.

Ini menyebabkan Emak selaku Pengetua Kanan 'naik angin' tingkah laku Zul ini!.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan