Tajuk yang saya nyatakan di atas adalah cerpen yang tersiar di dalam Utusan Melayu Minguan dan URTV dan cerpen yang terhasil sepanjang tahun ini (2009).
Sekurang-kurangnya ia menggalakkan saya untuk terus menulis lagi.Kerana banyak bahan-bahan yang boleh diolah dan dijadikan bahan untuk penulisan.
Burung Merpati Terbang Rendah adalah sebuah tulisan saya yang disiarkan oleh majalah KUNTUM keluaran September 2013. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Editor KUNTUM yang menyiarkan tulisan saya itu. Pada muka depan majalah ini dalam ruang Pesanan Editor , Editor ada berpesan supaya kita tidak terlalu asyik melayari dunia siber. Pada pelajar sekolah ia akan melekakan kita,khususnya dalam memberikan tumpuan dalam menekuni buku pelajaran. Kita mungkin berasa mengantuk dalam kelas kerana kurang tidur pada sebelah malam. Kita lebih suka terperap di dalam bilik melayari dunia siber. Ada segelintir daripada kita yang enggan mengikut ibubapa bersiar-siar dan lebih suka duduk di rumah melayari dunia siber yang mereka gemari itu.
Begitulah yang selalu saya lakukan.Bangun seawal pukul 5.00 pagi.Saya akan ke dapur membersihkan cawan atau pinggan yang masih kotor itu. Saya akan masak air panas. Sarapan pagi adalah sebuah kepastian kepada saya. Saya akan menyediakan minuman untuk isteri dan anak saya. Untuk minuman pagi,saya membuat sendiri minuman kegemaran saya dengan mencampurkan milo, susu tepung(everyday) dan sedikit serbuk nescafe. Saya menyediakan oat dan susu anlene untuk isteri saya. Manakala anak saya Zul, saya akan menyediakan 'green tea panas'. Azan berkumandang dari masjid hidayah. Saya akan mandi.Ianya diikuti oleh isteri saya. Saya melakukan solat subuh.Selepasitu saya bersiap sedia ke stesen keretapi Seremban apabila jam menunjukkan 6.30 pagi. Perjalanan dari rumah ke stesen tersebut mengambil masa sepuluh minit lebih. Saya harus menaiki tren pukul 6.45 pagi. Saya perlu turun ke BTS dan menaiki LRT ke Titiwangsa. Begitulah permulaan pagi,permulaan kehidupan.
'Angin Perubahan ' adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Utusan Melayu Mingguan . Saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya pada Editor Utusan Melayu Mingguan kerana menyiarkan tulisan saya itu.Menulis ada baiknya dijadikan aktiviti harian. Di tempat kerja pun buku nota kecil adalah perlu bagi membolehkan kita menulis atau mencatatkan sesuatu dan ini membolehkan ianya tidak lupa dari peti minda kita. Ruang fikir kita mempunyai ruang yang terhad bagi mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang berlalu,tidak akan datang kembali sekiranya ianya tidak dicatatkan.Catatan-catatan begitu adalah berharga apabila sesetengah orang memerlukan yang pasti dan catatan-catatan yang seperti ini perlu ada di dalam simpanan untuk tujuan rujukan .
Ulasan
Catat Ulasan