Majalah 'e-baca'


Senyuman Adik adalah sebuah cerpen saya yang tersiar di dalam majalah 'e-baca' terbitan Oktober 2009.

Ianya adalah ilham saya yang terbit dari kisah Along yang kematian ayah. Along telah dipertanggungjawapkan untuk menjaga Adik di rumah,manakala ibunya membawa Ayah mereka ke hospital untuk rawatan lanjutan tetapi meninggal dunia semasa di dalam perjalanan ke hospital tersebut.

Sebenarnya ada beranika bahan yang boleh diadun untuk dijadikan ceritakan cerita.Ianya terpulanglah kepada seseorang penulis mengolahkan bahannya untuk menjadikan ianya lebih menarik.

Cerita-cerita di dalam kehidupan boleh dipungut atau pengalaman yang dirasakan boleh juga menjadi sumber bahan yang berguna ketika mahu melahirkan sebuah tulisan.

Sebelum ini, e-baca juga telah menyiarkan beberapa cerpen saya yang lain seperti 'Bermain Dengan Angka' dan 'Mangganya Hilang'.

Terima kasih kepada Editor e-baca kerana telah menyiarkan karya saya itu untuk menyuntik semangat saya agar terus menulis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan