'Teksi' adalah cerpen saya yang tersiar di dalam Utusan Melayu Mingguan bertarikh 25.11.2013. Siri pertamanya tersiar pada 18.11.2013.
Terima kasih saya pada Tuan Pengarang Utusan Melayu Mingguan yang menyiarkan tulisan saya itu.
Burung Merpati Terbang Rendah
Burung Merpati Terbang Rendah adalah sebuah tulisan saya yang disiarkan oleh majalah KUNTUM keluaran September 2013. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Editor KUNTUM yang menyiarkan tulisan saya itu. Pada muka depan majalah ini dalam ruang Pesanan Editor , Editor ada berpesan supaya kita tidak terlalu asyik melayari dunia siber. Pada pelajar sekolah ia akan melekakan kita,khususnya dalam memberikan tumpuan dalam menekuni buku pelajaran. Kita mungkin berasa mengantuk dalam kelas kerana kurang tidur pada sebelah malam. Kita lebih suka terperap di dalam bilik melayari dunia siber. Ada segelintir daripada kita yang enggan mengikut ibubapa bersiar-siar dan lebih suka duduk di rumah melayari dunia siber yang mereka gemari itu.

Ulasan
Catat Ulasan