Jika Esok Tiba
Usai solat subuh, saya akan dihantar ke stesen keretapi KTM Seremban untuk menaiki komuter ke tempat kerja.Pengurusan masa memainkan peranannya di situ.
Kalau anda terlewat dari jadual tren anda akan melihatkan komuter berlalu pergi dan perlu menunggu komuter yang berikutnya. Biasanya tidak lama antara 5 hingga 10 minit sahaja komuter akan sampai. Kelewatan itu mungkin berpunca anda bergerak lewat dari rumah dan perlu beratur untuk membeli tiket keretapi (sekarang saya gunakan kad touch& go) lebih mudah lagi.
Anda perlu berjalan kaki menunggu ke jejambat penghubung ke seberang. Menuruni tangga langkah anda perlu berhati-hati, bimbangkan kaki anda akan terserandung dan anda akan terjatuh kelak. Bila anda 'terjatuh' ada orang lebih suka tergelak dari menunjukkan rasa 'simpati'nya. Ada bangku-bangku yang disediakan oleh KTM Seremban untuk penunpang duduk.
Dalam keretapi itu saya akan membaca buku seperti novel satu atau dua bab atau antologi cerpen sebelum mengikut gelagat-gelagat penumpang yang lain terlena tidur menunggu keretapi sampai ke Bandar Tasek Selatan. Begitulah apabila pulang dari tempat kerja menuju ke Seremban.
" Jika Esok Tiba" adalah sebuah antologi cerpen oleh Sasterawan Negara, Dr.Anwar Ridhwan yang telah pun saya kudapi memuatkan lima belas buah cerpen di dalamnya
Terima kasih saya kepada Tuan Pengarang Mingguan Malaysia kerana menyiarkan tulisan saya itu pada Mingguan Malaysia
bertarikh 18.08.2013. Supaya ianya menambahkan ruang dan peluang untuk saya menulis lagi!.

Ulasan
Catat Ulasan