Antara akal dan Perasaan

Antara Menara PJD dengan AMBANK Assurance perlu berjalan kaki. Saya singgah ke bank untuk mengambil wang.Al-maklumlah,perjalanan setiap hari dari Seremban ke Titiwangsa( Menara PJD-adalah tempat saya bertugas) memerlukan wang belanja.Saya kemudiannya singgah makan tengah hari ke Restoran Shahida - terletak tidak jauh dari bank itu dan harga yang ditawarkan agak munasabah.Restoran itu ramai juga pelanggan. Saya memilih makanan yang kurang cili dan pedas.Makanan yang bercili kalau kerap diambil-tidak baik untuk perut.Saya memilih ikan kembung dan sayur bayam yang direbus.Enaknya sesuatu makanan itu ketika perut sedang lapar.Minuman biasa saya ialah teh O panas dengan air suam. Keperluan air suam itu pula adalah bagi mengimbangkan manisnya gula dalam teh O itu.Manakala pada sebelah pagi saya lebih menggemari kueh atau capati di restoran mamak Bistro bersebelahan dengan pejabat saya. Saya kemudiannya singgah ke sebuah kedai yang menjual majalah dan surat khabar. Saya melihat ada majalan KUNTUM ada di atas rak.Ketika itu,saya melihat majalah itu hanya tinggal satu naskah sahaja.Saya menyelak majalah KUNTUM itu dan hati saya berbunga gembira setelah terpapar tulisan saya yang bertajuk "Antara akal dan Perasaan". Terima kasih kepasa Editor majalah KUNTUM kerana menyiarkan tulisan saya itu. Terima kasih daun keladi.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan