Tangga dan Adik Datang


'Tangga' dan 'Adik Datang' adalah cereka yang tersiar di dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Pelajar.
'Tangga' berupa sebuah Cerpen,manakala 'Adik Datang" adalah Kisah Bulan Ini.Terima kasih dfiucapkan kepada kedua-dua editor yang menyiarkan hasil tulisan saya itu.

Tidak ada kegembiraan yang boleh dilafazkan oleh seorang penulis seperti saya apabila melihat tulisan-tulisan saya itu disiarkan.

Bagi mendapat cerita yang sepenuhnya dapatkanlah kedua-dua majalah tersebut.Sekiranya anda sukar mendapat majalah-majalah ini, anda boleh membuat pesanan melalui Koperasi DBP.Saya telahpun membuat pesanan majalah tersebut.

Penghasilan cerpen 'Tangga' adalah kenangan manis yang saya tinggalkan di tempat lama saya bekerja sebelum berhijrah ke tempat baru bertugas.Tempat baru saya bertugas ini memerlukan saya bangun awal dan meninggalkan rumah usai solat subuh dan menuju ke stesen komuter KTM Seremban.Saya turun ke Bandar Tasek Selatan untuk mendapatkan LRT ke Titiwangsa.Di situ terletaknya bangunan tempat baru saya bertugas.

Pengalaman seharian sewaktu menjalankan tugas adalah ramuan-ramuan yang berguna bagi diadunkan untuk dijadikan sebuah tulisan,apatah lagi ianya disiarkan oleh sebuah majalah DBP yang berprestij itu.

Walaupun dalam tulisan ada terhidu  'menyindir',ianya adalah kisah-kisah kehidupan lanjutan perubahan budaya,sesekali apasalahnya kita kembali kepada sejarahnya.

Ulasan

  1. Salam, tahniah juga puisi yang tersiar di Jelita, September 2012.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Haruan Yang Terlepas

Burung Merpati Terbang Rendah

Angin Perubahan