Pelerai
Setiap penulis akan berasa gembira apabila tulisannya disiarkan.
Tulisan saya berupa sebuah puisi 'Pelerai' tersiar di dalam majalah Harmoni keluaran yang terbaru. Saya singgah di sebuah kedai runcit mamak yang ada menjual pelbagai majalah.
Tangan saya menyelak helaian demi helaian muka surat majalah tersebut dan mendapati tulisan saya ada di ruang itu dan lalu membelinya.
Saya memang kerap ke kedai mamak itu untuk menjamah nasi lemak ayam Wak Rahman yang memang terkenal di atas bukit itu.
Ulasan
Catat Ulasan